Mengenai Kita

Nama : Raymond Kong Chu Ching & Prateepan A/L Rajadran

Kumpulan 5 GSB1012

Kesantunan Masyarakat Malaysia

IPG Kampus Pulau Pinang

Pensyarah : Encik Abdul Latib b Abdul Rahman

Masa itu emas


Powered by Blogger.

Kata hikmat

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. -Aristotle

Blog contributors

Featured Posts

Friday, September 20, 2013
KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA



Konsep Budaya


Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.

Edward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, data resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Kamus Dewan Bahasa – budaya bermaksud tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir, kelakuan dll)

Kebudayaan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara.

Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.

Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).

Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan.

Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya.

Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu.

Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan di sepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial.

Jadi konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau masyarakat, namun terdapat perbezaan.

Maksudnya nilai kesantunan adalah berbeza-beza di antara masyarakat di dunia ini.

Contohnya, nilai A dikatakan santun dalam masyarakat A, namun nilai itu dianggap tidak santun dalam kalangan masyarakat B.

Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun dalam masyarakat masing- masing



(KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA).



Kesantunan Merantas Budaya



Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.

Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai.

Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi.

Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya. 

KOMUNIKASI SILANG BUDAYA

Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.

Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.

Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.

Komunikasi silang budaya dipengaruhi oleh padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.

Jadi segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimun jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan diihayati.

Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal.

Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat.

Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi.

Komunikasi terikat rapat dengan budaya.

Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan
berbeza.

Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang.

Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham.

Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu


Namun bagi masyarakat timur – sesuatu yang tidak sopan

Pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun.

Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak melakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.

Dalam masyarakat Melayu melayan tetamu sangatlah diutamakan walaupun dalam keadaan sibuk, namun bagi masyarakat Korea sekiranya sibuk mereka memberitahu secara terus dan akan menyuruh tetamu itu balik.

Jika tetamu itu orang Melayu sudah pasti akan menimbulkan perasaan kecil hati.

Kesantunan Merentas Budaya Di Malaysia

Kesantunan sangat penting bagi masyarakat majmuk seperti di Malaysia.

Perpaduan akan dicapai melalui amalan kesantunan yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Namun, masalahnya ialah terdapat perbezaan budaya antara masyarakat Melayu, India, Cina dll.

Jadi adalah sangat penting bagi setiap kaum memahami dan menghayati nilai-nilai budaya yang akan mempengaruhi amalan kesantunan.

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu

ÏBerpegang kuat pada adat resam dan agama.
Memberi salam apabila bersua.
Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
Kata sapan.
Kata gelaran.
Panggilan.
Bersalam.
Bertanya khabar.
Melayan tetamu.
Menghormati orang tua.
dll

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina

Tunduk ketika memberi salam.
Orang tua makan dahulu.
Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India

Duduk bersila semasa makan.
Tidak membazirkan makanan.
Senyap semasa bersembahyang.
Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
Mematuhi adat dan resam
Salam orang yang lebih tua.

Kesantunan Merentas Budaya dari Segi Pendidikan

•Kerjaya sebagai seorang guru tidak mengira kaum dan akan mendidik murid-murid yang mempunyai pelbagai kaum

•Jadi seorang guru mestilah sentiasa  mengamalkan nilai-nilai kesantunan yang baik dari segi:

i. kesantunan berpakaian → Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam.Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.

ii. Kesantunan tingkah laku
→ gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah, berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.
→Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik.

iii. Kesantunan berkomunikasi →Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat
→ Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengansituasi ketika berkomunikasi. 

→ Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang  sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya. 

 →Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun muridmenunjukkan tingkahlaku yang bermasalah. 

 → Guru juga menjadi teladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.

0 comments: