Mengenai Kita

Nama : Raymond Kong Chu Ching & Prateepan A/L Rajadran

Kumpulan 5 GSB1012

Kesantunan Masyarakat Malaysia

IPG Kampus Pulau Pinang

Pensyarah : Encik Abdul Latib b Abdul Rahman

Masa itu emas


Powered by Blogger.

Kata hikmat

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. -Aristotle

Blog contributors

Featured Posts

Friday, September 20, 2013
Seseorang ahli politik boleh mempengaruhi kasantunan masyarakat. Bagaimana ?

Oleh sebab topik-topik politik adalah sensitif, jadi kami akan menjelaskan dalam skop umum sahaja. Harap para pembaca jangan mengaitkan kandungan di bawah dengan siapa-siapa ahli politik yang dihormati sekalian.

Yang pertama, ahli politik sebagai seorang pemimpin masyarakat dan negara akan sentiasa dihormati dan setiap gerak gerinya akan diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat. Sekiranya seseorang ahli politik itu berakhlak mulia dan bersopan santun dalam pertuturan dan kelakuan seharianya, maka dia akan dihormati dan disanjungi oleh golongan masyarakat, malahan kata-katanya akan dipetik dan diletakkan dalam pelbagai media massa dan bahan-bahan bercetak. Sebaliknya, sekiranya seseorang ahli politik itu tidak mempunyai kesantunan dan selalu mengkritik parti bertentangan dengan kata-kata yang tidak elok, maka ahli politik itu akan dipandang serong oleh kalangan masyarakat. Ini juga akan dijadikan alasan bagi mereka yang tidak bersantun dalam masyarakat. Apabila mereka melakukan sesuatu seperti rasuah dan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok mereka akan menggunakan ini sebagai alasan untuk mencuba membebaskan diri daripada dipersalahkan. Mereka akan kata : "YAB itu boleh berbuat demikian kenapa saya tidak boleh ?" Orang yang tidak bertanggung jawab seperti inilah telah menconteng muka di negara sendiri dengan mengelakkan diri daripada bertanggung jawab apabila melakukan kesalahan.

Selain itu, ahli-ahli politik berperanan merancang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan untuk memastikan negara kita berkembang maju dalam pelbagai bidang. Antara bidang yang paling penting dan seharusnya dirancang dengan teliti adalah bidang pendidikan. Setiap dasar pendidikan yang dirancang haruslah dikaji  dengan teliti dulu sebelum diluluskan. Dasar pendidikan yang dirancang juga haruslah mementingkan subjek-subjek seperti pendidikan moral dan pendidikan Islam serta Pendidikan Sivik dan Kearganegaraan yang boleh mengajar pelajar-pelajar di negara kita untuk menjadi bersantun dalam kehidupan seharian dan bukan sekadar mementingkan subjek-subjek akademik sahaja. Dari sinilah kita dapat lihat bagaimana seseorang ahli politik dapat mempengaruhi kesantunan masyarakat.


0 comments: