Mengenai Kita

Nama : Raymond Kong Chu Ching & Prateepan A/L Rajadran

Kumpulan 5 GSB1012

Kesantunan Masyarakat Malaysia

IPG Kampus Pulau Pinang

Pensyarah : Encik Abdul Latib b Abdul Rahman

Masa itu emas


Powered by Blogger.

Kata hikmat

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. -Aristotle

Blog contributors

Featured Posts

Friday, September 20, 2013
STRATEGI KESANTUNAN LISAN

ØTeori Kesantunan Brown dan Levinson(1978;1987)mengutarakan andaian bahawa setiap individu yang kompeten mempunyai air muka (face), dan menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.

Ø Konsep air muka bermaksud imej diri penutur di tempat awam (public self image).

Ø Kita perlu memahami air muka seseorang supaya interaksi berkesan.

Ø Mengemukakan dua jenis air muka iaitu:
i. air muka positif
ii. air muka negatif

Ø Strategi berinteraksi akan berbeza-beza mengikut jenis air muka pendengar.

Ø Masyarakat Melayu menganggap amat memberatkan perlakuan yang menjaga air 
muka atau maruah pendengar.

Ø Oleh itu, mereka akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan konflik semasa berinteraksi secara lisan.

Ø Justeru, orang-orang Melayu menggunakan pelbagai strategi semasa berinteraksi.

Ø Strategi-strategi kesantunan yang digunakan ialah:
i. Strategi ikhlas
ii. Strategi merendah diri
iii. Strategi maaf
iv. Strategi penyelesaian
v. Strategi memberi peluang
vi. Strategi penghargaan dan pujian
vii.Strategi berterima kasih
viii.Strategi kiasan
ix. Strategi berhemah dan lemah-lembut
x. Strategi bersalam dan memperkenalkan diri
xi. Strategi kecindan
xii.Strategi menyapa/menegur
xiii.Strategi ungkapan Rabani

i. Strategi ikhlas
• Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak disukai
• Contoh:
 Aku harap hang tak marah, aku ikhlas kerana Allah SWT nak bagi tahu ni, tak elok lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan

ii. Strategi merendah diri
• Menggunakan ungkapan-ungkapan membawa maksud penutur merendah diri dengan mengaku kelemahan atau kekurangan diri
• Contoh:
 Aku ni tak pandai sangat, itu sajalah yang aku dapat tolong.

iii. Strategi maaf
• Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu
• Contoh:
 Maaf ya! Boleh saya bercakap sikit.

iv. Strategi penyelesaian
• Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan supaya penyelesaian cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan
• Contoh:
 Saya rasa untuk menjimatkan masa, kita setuju sajalah cadangan yang dibuat oleh Pak Mat tadi iaitu kita akan mengutip derma untuk membiayai program ini.

v. Strategi memberi peluang
• Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara
• Contoh:
 Kita dah banyak memebrikan cadangan, apa kata kalau kita dengar pula pandangan orang lama dalam kampung ni iaitu Pak Ali untuk memberikan pendapat.

vi. Strategi penghargaan dan pujian
• Ujaran yang menunjukkan seseorang itu dihargai kerana sesuatu tindakan yang disenangi.
• Contoh:
 Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada Pak Samad kerana telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

vii. Strategi berterima kasih
• Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap seseorang yang telah membuat sesuatu kebaiakan atau pertolongan.
• Contoh:
 Aku sangat berterima kasih kepada hang, Ali sebab telah membantu aku tadi.

viii. Strategi kiasan
• Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk menjaga air muka seseorang.
• Contoh:
 Kalau kamu hendak melakukan sesuatu, kamu mesti bersungguh-sungguh supaya berjaya jangan hangat-hangat tahi ayam.

ix. Strategi berhemah dan lemah-lembut
• Menggunakan ujaran yang halus dan tidak kasar untuk membuat teguran atau nasihat supaya pendengar tidak berkecil hati.
• Contoh:
 Oleh kerana Mat telah melakukan kesalahan tu, tak pa lah, benda telah berlaku, nak buat macam mana. Tapi Pak Cik harap Mat  insaf dan bertaubat dan tak akan buat lagi pada masa akan datang.

x. Strategi bersalam dan memperkenalkan diri
• Ujaran perkenalan dan untuk menimbulkan kemesraan
• Contoh:
 Assalamualaikum, saya Ahmad bin Hassan, saudara pula siapa nama?

xi. Strategi kecindan
• Menggunakan ujaran dalam bentuk jenaka untuk menimbulkan perasaan gembira
• Contoh:
 Ha! jangan marah Pak Mat, nanti lekas tua….

xii. Strategi menyapa/menegur
• Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan seseorang untuk menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa yang dibuat oleh seseorang
• Contoh:
 Pak Cik!, baca surat khabar ka? Boleh saya sembang sikit.

xiii. Strategi ungkapan Rabani
• Menggunakan ujaran seperti Bismillah, Alhamdulillah, doa untuk menunjukkan kekuasaan Allah
• Contoh:
 Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya dapat kita berjumpa pada majlis ini.

1 comments:

lavoungaby said...

Casino City, CA 777 Casino Rd, San Diego, USA - MapYRO
Welcome 광주광역 출장샵 to Casino City, CA, 강원도 출장샵 the place to play and win in California, home of the only AAA Four 원주 출장마사지 Diamond Platinum Award. Explore our casino 부산광역 출장안마 floor, 경상남도 출장안마