Mengenai Kita

Nama : Raymond Kong Chu Ching & Prateepan A/L Rajadran

Kumpulan 5 GSB1012

Kesantunan Masyarakat Malaysia

IPG Kampus Pulau Pinang

Pensyarah : Encik Abdul Latib b Abdul Rahman

Masa itu emas


Powered by Blogger.

Kata hikmat

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. -Aristotle

Blog contributors

Featured Posts

Friday, September 20, 2013
PENGERTIAN BUDI
-Hati yang menjadi panduan kepada akal untuk membuat
pertimbangan yang baik
- Tabiat / akhlak / watak
-Fikiran
-Perbuatan baik
-Daya upaya baik
-Pertimbangan akal yang baik

PENGERTIAN BUDI
- Kamus Dewan (2002: 488) mencatatkan bahawa yang dimaksudkan indah ialah cantik, bagus benar, elok dan molek.
-Menurut Kamus Dewan (2002: 180), budi ialah (1) akal dan kebijaksanaan, (2) perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, dan (3) sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya
- Mustafa Haji Daud (1995: 1) merumuskan definisi budi yang dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambang pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji.
- Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.
- Lazimnya,orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan.
- Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati ALLah SWT.
-Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima,memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.
-budi bahasa merupakan satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.
- maka secara khususnya budi bahasa merupakan satu elemen wajib bagi setiap individu untuk lahir sebagai insan yang sempurna dari mata masyarakat.

PENGERTIAN BAHASA
- Kamus Dewan (2002: 87) mencatatkan maksud bahasa ialah (1) sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan (2) percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopansantun.
-Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman,mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi
-Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat.
-Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi Behaviorisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit
-John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi
-Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.
-Bahasa ialah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain
-setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem
-tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat.
-setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur dan pendengar
-bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi antara penutur
-bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang mewakili satu bunyi) oleh pergerakan alat-alat sebutan secara linear
-Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi .
-Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87) menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu yanga lain dan sebagainya).
-Menurut Asmah Hj. Omar (1983 ; 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini terdapat makna. Suatu urutan bunyi atau kata itu mempunyai makna. Tegasnya, ikatan antara bunyi dan makan yang diisyaratkan oleh pelbagai satuan itulah yang memungkinkan orang bukan sahaja berkomunikasi, tetapi juga mencipta.

Fungsi bahasa:
- Penghubung – interaksi jelas, luas, tanpa sempadan
-Pernyataan perasaan – ekspresi dan luahan
-Pernyataan fikiran – neurologi

PENGERTIAN BUDI BAHASA
-Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.
- Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik.
-Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan.
- Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.
- Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
-Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa. Mereka menganggap budi dan bahasa sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi. Tautannya menjadi pegangan nilai yang daripadanya terpancar unsur fizik dan unsur metafizik seseorang. Orang yang dianggap sempurna ialah orang yang kaya budi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia kerana tidak berbudi.
Di sana padi di sini padi,
Baru bernama sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna menjadi orang.

Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.
Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya;
Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi bahasanya.

Kedua-dua pantun di atas jelas pertautan budi dengan bahasa. Menurut Mustafa Haji Daud (1995: 1) seringkali perkataan budi ditambah dengan awalan “ber” atau akhiran “man” menjadikannya berbudi atau budiman.

- Penambahan itu selain menyedapkan bunyi, adalah juga sebagai petanda orang Melayu menjunjung tinggi peranan budi dan bahasa.
-Orang berbudi atau orang budiman pada persepsi orang Melayu ialah orang yang mengamalkan percakapan baik, elok atau halus dalam bertutur kata, beradab, bersopan-santun dan sentiasa mengerjakan kebajikan. Orang berkenaan dianggap memiliki sifat peribadi yang sempurna.
-Nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang, bangsa, negara dan terutama agama.
-Walaupun manusia berlainan bangsa, etnik, negara dan agama, namun nilai budi bahasa tetap diharapkan menjadi amalan.
-Dikatakan bahawa orang yang diingati, dikenangi dan disayangi oleh seseorang ialah orang yang berbudi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.

Anak merpati disambar helang,
Terbang ketitir di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.

0 comments: