Mengenai Kita

Nama : Raymond Kong Chu Ching & Prateepan A/L Rajadran

Kumpulan 5 GSB1012

Kesantunan Masyarakat Malaysia

IPG Kampus Pulau Pinang

Pensyarah : Encik Abdul Latib b Abdul Rahman

Masa itu emas


Powered by Blogger.

Kata hikmat

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. -Aristotle

Blog contributors

Featured Posts

Friday, September 20, 2013
Skop Ibu Bapa
Dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini, anak-anak muda mudah dipengaruhi unsur negatif daripada media massa serta bahan-bahan bercetak. Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu sedar tentang peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak harus dididik dengan sempurna supaya menjadi insan yang bersantun dan dapat memberikan manfaat kepada pembangunan negara. Golongan muda merupakan harapan negara, bak kata pepatah," pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara." Oleh itu, mereka harus diberi kesedaran tentang kepentingan mengamalkan prinsip moral supaya dapat merealisasikan pelbagai wawasan negara kelak.


Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran tentang
pentingnya kehidupan bersantun. Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-masing bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.


Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak. Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri sendiri juga berbuat demikian. Ini seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.  Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa.


Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang atau menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Sebagai contohnya, membawa anak-anak ke masjid untuk bersembahyang bersama-sma. Dengan itu, anak-anak sedar akan kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama. Mereka akan dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara yang betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, merokok, dan mencuri. Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada mereka agar membesar sebagai insan bijaksana dan bersantun.


Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak
terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan pelajar bermasalah kerana dikhuatiri akan terpegaruh dengan sikap mereka. Sebaliknya, apabila pelajar berkawan dengan pelajar atau rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang yang bersahsiah mulia. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala mereka mungkin tersalah langkah. Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong mereka kepada jalan kebaikan.


Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan. Peribahasa Melayu menjelaskan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semoga didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan anak-anak yang keperibadian terpuji, bersahsiah dan dapat membantu negara untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan Gagasan Satu Malaysia.

Skop Masyarakat
Golongan masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk seorang remaja yang bersantun. Yang pertama, golongan masyarakat perlulah mengamalkan sikap penyayayng dalam kehidupan seharian. Amalan ini penting dalam pembentukan sahsiah seorang remaja yang bersantun dan berbudi berkerti mulia. Ini kerana sekiranya semua golongan masyarakat mengamalkan sikap penyayang, ini akan membentuk budaya masyarakat atau norma masyarakat yang bersifat positif dalam secara tidak langsung remaja akan terpengaruh dengan budaya ini akan mereka akan terikut-ikut dengan budaya ini dan akhirnya mereka juga akan menjadi seorang insan yang penyayang.

Selain itu, golongan masyarakat juga perlu sentiasa prihatin terhadap perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Contohnya, golongan masyarakat haruslah memberi teguran kepada remaja yang terjebak dalam kancah gejala sosial. Ini adalah penting kerana banyak remaja masa kini melakukan gejala sosial disebabkan oleh faktor kekurangan perhatian daripada orang ramai. Dari segi psikologi pula, anak-anak pada usia remaja mempunyai keinginan untuk mendapat perhatian dan dikenal pasti oleh orang ramai tentang kewujudan dia. Apabila seseorang remaja tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapanya maka dia akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bersifat negatif untuk terjebak dalam kancah gejala sosial. Oleh itu, golongan masyarakat haruslah membuang sikap tak endah dan mengamalkan sifat prihatin terhadap perkara yang berlaku di persekitaran mereka.




Seseorang ahli politik boleh mempengaruhi kasantunan masyarakat. Bagaimana ?

Oleh sebab topik-topik politik adalah sensitif, jadi kami akan menjelaskan dalam skop umum sahaja. Harap para pembaca jangan mengaitkan kandungan di bawah dengan siapa-siapa ahli politik yang dihormati sekalian.

Yang pertama, ahli politik sebagai seorang pemimpin masyarakat dan negara akan sentiasa dihormati dan setiap gerak gerinya akan diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat. Sekiranya seseorang ahli politik itu berakhlak mulia dan bersopan santun dalam pertuturan dan kelakuan seharianya, maka dia akan dihormati dan disanjungi oleh golongan masyarakat, malahan kata-katanya akan dipetik dan diletakkan dalam pelbagai media massa dan bahan-bahan bercetak. Sebaliknya, sekiranya seseorang ahli politik itu tidak mempunyai kesantunan dan selalu mengkritik parti bertentangan dengan kata-kata yang tidak elok, maka ahli politik itu akan dipandang serong oleh kalangan masyarakat. Ini juga akan dijadikan alasan bagi mereka yang tidak bersantun dalam masyarakat. Apabila mereka melakukan sesuatu seperti rasuah dan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok mereka akan menggunakan ini sebagai alasan untuk mencuba membebaskan diri daripada dipersalahkan. Mereka akan kata : "YAB itu boleh berbuat demikian kenapa saya tidak boleh ?" Orang yang tidak bertanggung jawab seperti inilah telah menconteng muka di negara sendiri dengan mengelakkan diri daripada bertanggung jawab apabila melakukan kesalahan.

Selain itu, ahli-ahli politik berperanan merancang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan untuk memastikan negara kita berkembang maju dalam pelbagai bidang. Antara bidang yang paling penting dan seharusnya dirancang dengan teliti adalah bidang pendidikan. Setiap dasar pendidikan yang dirancang haruslah dikaji  dengan teliti dulu sebelum diluluskan. Dasar pendidikan yang dirancang juga haruslah mementingkan subjek-subjek seperti pendidikan moral dan pendidikan Islam serta Pendidikan Sivik dan Kearganegaraan yang boleh mengajar pelajar-pelajar di negara kita untuk menjadi bersantun dalam kehidupan seharian dan bukan sekadar mementingkan subjek-subjek akademik sahaja. Dari sinilah kita dapat lihat bagaimana seseorang ahli politik dapat mempengaruhi kesantunan masyarakat.


PENGERTIAN BUDI
-Hati yang menjadi panduan kepada akal untuk membuat
pertimbangan yang baik
- Tabiat / akhlak / watak
-Fikiran
-Perbuatan baik
-Daya upaya baik
-Pertimbangan akal yang baik

PENGERTIAN BUDI
- Kamus Dewan (2002: 488) mencatatkan bahawa yang dimaksudkan indah ialah cantik, bagus benar, elok dan molek.
-Menurut Kamus Dewan (2002: 180), budi ialah (1) akal dan kebijaksanaan, (2) perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, dan (3) sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya
- Mustafa Haji Daud (1995: 1) merumuskan definisi budi yang dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambang pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji.
- Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.
- Lazimnya,orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan.
- Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati ALLah SWT.
-Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima,memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.
-budi bahasa merupakan satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.
- maka secara khususnya budi bahasa merupakan satu elemen wajib bagi setiap individu untuk lahir sebagai insan yang sempurna dari mata masyarakat.

PENGERTIAN BAHASA
- Kamus Dewan (2002: 87) mencatatkan maksud bahasa ialah (1) sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan (2) percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopansantun.
-Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman,mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi
-Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat.
-Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi Behaviorisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit
-John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi
-Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.
-Bahasa ialah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain
-setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem
-tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat.
-setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur dan pendengar
-bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi antara penutur
-bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang mewakili satu bunyi) oleh pergerakan alat-alat sebutan secara linear
-Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi .
-Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87) menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu yanga lain dan sebagainya).
-Menurut Asmah Hj. Omar (1983 ; 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini terdapat makna. Suatu urutan bunyi atau kata itu mempunyai makna. Tegasnya, ikatan antara bunyi dan makan yang diisyaratkan oleh pelbagai satuan itulah yang memungkinkan orang bukan sahaja berkomunikasi, tetapi juga mencipta.

Fungsi bahasa:
- Penghubung – interaksi jelas, luas, tanpa sempadan
-Pernyataan perasaan – ekspresi dan luahan
-Pernyataan fikiran – neurologi

PENGERTIAN BUDI BAHASA
-Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.
- Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik.
-Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan.
- Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.
- Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
-Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa. Mereka menganggap budi dan bahasa sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi. Tautannya menjadi pegangan nilai yang daripadanya terpancar unsur fizik dan unsur metafizik seseorang. Orang yang dianggap sempurna ialah orang yang kaya budi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia kerana tidak berbudi.
Di sana padi di sini padi,
Baru bernama sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna menjadi orang.

Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.
Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya;
Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi bahasanya.

Kedua-dua pantun di atas jelas pertautan budi dengan bahasa. Menurut Mustafa Haji Daud (1995: 1) seringkali perkataan budi ditambah dengan awalan “ber” atau akhiran “man” menjadikannya berbudi atau budiman.

- Penambahan itu selain menyedapkan bunyi, adalah juga sebagai petanda orang Melayu menjunjung tinggi peranan budi dan bahasa.
-Orang berbudi atau orang budiman pada persepsi orang Melayu ialah orang yang mengamalkan percakapan baik, elok atau halus dalam bertutur kata, beradab, bersopan-santun dan sentiasa mengerjakan kebajikan. Orang berkenaan dianggap memiliki sifat peribadi yang sempurna.
-Nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang, bangsa, negara dan terutama agama.
-Walaupun manusia berlainan bangsa, etnik, negara dan agama, namun nilai budi bahasa tetap diharapkan menjadi amalan.
-Dikatakan bahawa orang yang diingati, dikenangi dan disayangi oleh seseorang ialah orang yang berbudi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.

Anak merpati disambar helang,
Terbang ketitir di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.


1. Jelaskan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa mengikut pemahaman anda sendiri.

Erti budi-Sentiasa berbuat baik kepada orang lain.
Erti bahasa-Sejenis alat yang digunakan sebagai medium untuk berkomunikasi antara sekelompok manusia.
Erti Budi Bahasa- Sentiasa bersopan santun dan berkelakuan baik serta tidak menyinggung perasaan orang lain.


2. Terangkan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa dalam kalangan bangsa lain di Malaysia.

-Budi dalam kalangan bangsa Melayu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Budi() dalam kalangan Cina bermaksud sejenis perbuatan yang baik kepada orang lain yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan balasan manakala budi dalam kalangan India pula bermaksud membantu orang lain yang memerlukan bantuan secara sukarela.

-Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk tujuan berkomunikasi .

-Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.




3.  Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.?
-Mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain.
-Mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat dengan mencapai persefahaman.
-Meningkatkan imej seseorang/negara.
-Merapatkan hubungan sosial dengan orang lain
-Memastikan keharmonian hidup masyarakat




4. Bagaimanakah untuk mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia?
-Diri sendiri perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk berbudi bahasa
-
ibu perlu mengambil sikap bersungguh-sungguh apabila memberi didikan kepada anak-anak
-ibu bapa harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak dengan menjadi teladan kepada anak-anak.
-masyarakat harus mempunyai keupayaan untuk menegur perlakuan remaja dengan cara berhemah
-Ibu bapa dan guru-guru sepatutnya berganding bahu dengan masyarakat dalam memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak
-para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, bertegur sapa, sedia memohon maaf, membiasakan diri memberi salam atau ucap selamat dan bantu-membantu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
-syarikat pengangkutan melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam
-warga pendidik hendaklah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar.
- Mengadakan Kempen Budi Bahasa


5. Nyatakan peranan guru dalam pemupukan amalan budi bahasa dalam kalangan murid sekolah
-Menjadi teladan kepada murid-murid
-Memberi galakan kepada murid-murid apabila mereka berbudi bahasa dan memberi teguran apabila murid-murid tidak berbudi bahasa kepada orang lain.
- menjelaskan kepentingan mengamalkan amalan budi bahasa

Konsep Budi Bahasa
- bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
-Menurut Amat Juhari Moin (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu.
-Kesimpulannya, budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan seseorang yang bergabung atau bercantum dalam bentuk kata-kata yang mempunyai nilai akhlak yang mulia.
- Setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.
-Justeru semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara merupakan nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat istiadat dan kebudayaan sesuatu
masyarakat yang bertamadun.

Ciri-Ciri Budi Bahasa
Menurut Mustafa Hj Daud ,1995 seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:
- ikhlas
- jujur
- benar
- merendah diri
- pemurah
- suka menolong
- berjasa
- berbakti

-lima ciri lain yang perlu dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa iaitu:
~pemaaf
~bersifat sabar
~bersikap positif (optimis, semangat dan minat, kepercayaan, integriti, keberanian)
~memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi
~bersopan santun/ tertib

-Ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata Raja Ali Haji:

Hati itu kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
- Gurindam Fasal yang Keempat

-Budi bahasa bukan sekadar pertuturan, malah melibatkan tingkah laku.
Za’ba (1950) memberikan beberapa contoh tingkah laku yang baik:
- bersalam
- menunjukkan muka yang manis
- cara duduk yang tertib
- melayan tetamu dengan menghidangkan juadah
- membongkokkan badan ketika melintas
- menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu

Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
1. Masyarakat Melayu
- berpegang kuat pada adat resam dan agama
-contoh : tidak manis/ tidak sopan anak dara duduk bersila
- memberi salam apabila bersua
-tidak menyampuk semasa orang tua bercakap


Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
-Kata sapaan
-Kata gelaran
-Panggilan
-Memberi salam
-Bersalam
-Bertanya khabar
-Melayan tetamu – jamu makan
-Menghormati orang tua

2. Masyarakat Cina
-tundukan kepala sebagai tanda menghormati
-memberi salam kepada ahli keluarga sebelum keluar dan selepas balik
-menggunakan kedua-dua belah tangan apabila memberi makanan atau minuman kepada orang lain
-menumpulkan perhatian apabila orang lain sedang bercakap dengan melihat mata orang yang bercakap
-tidak bercakap apabila orang tua sedang bercakap

Masyarakat India
-duduk bersila sebagai tanda bersopan
-tidak membazirkan makanan
-senyap semasa bersembayang
-mengantungkan kalungan bunga ke leher tetamu sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu tersebut






GSB1012 analisis filem from Raymond Kong

Video 1 : Kasut



Video 2 : Embracing Clouds
Konsep Kesantunan
-Santun
-Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan
-Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:
i. halus,
ii. nilai rasa yang baik,
iii.penuh kesopanan,
iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.

Kesantunan
Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)
-Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
-Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat
-Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:
i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
-Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya
ii. kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain
-Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali
-Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu
iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.
-Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa
-Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar
iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
a) cara berpakaian (berbusana),
b) cara bekerja
c) cara bertutur
d) cara makan
e) cara belajar
f) cara berpolitik dan lain-lain

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia
I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
-Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
-Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.

b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
-Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
-Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-nasing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.

c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
-Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
 -Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
 -Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
-Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu

II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
-bahasa mesti halus
-beradab sopan
-perlakuan lemah-lembut
-berbudi pekerti

III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
-Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
-Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
- Biasanya mengamalkan budaya yang sama
-Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman

IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis:-
a) “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
b) “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.
c) “ Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.”
e) “ Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".

V. Menurut Hamka:
a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

VI. Menurut Aristotle
a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.