Mengenai Kita

Nama : Raymond Kong Chu Ching & Prateepan A/L Rajadran

Kumpulan 5 GSB1012

Kesantunan Masyarakat Malaysia

IPG Kampus Pulau Pinang

Pensyarah : Encik Abdul Latib b Abdul Rahman

Masa itu emas


Powered by Blogger.

Kata hikmat

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. -Aristotle

Blog contributors

Featured Posts

Friday, September 20, 2013


Kuliah 6 - BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN
•Kesantunan Verbal
•Kesantunan Bukan Verbal

Kesantunan Verbal

•Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab
•Dikenali sebagai kesantunan berbahasa
•Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan.
•Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa
tersebut.
•Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda
menghormati orang lain.

Ø"Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
Ø"Assalamualaikum".
ØContoh lain :Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya
• Semasa kita berkomuniksi komponen2 bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan
• Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa
• Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul
• Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata
• Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat

Aspek-aspek Kesantunan Verbal
1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
ØBahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
Ø Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

4. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
hubungan.

5. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

6. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat,umur dan keakraban hubungan.
•Lihat contoh berikut:
-Pak cik- digunakan untuk orang lelaki yangs amat sebaya dengan ayah sendiri.
-Mak cik - digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
-Tok -digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
-Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya .
-Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
-Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada kendiri.

7. Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:
i.a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah
-(Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
b. Gabungan nama kekeluargaan asas
-(Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

ii. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
• Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar.
- (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua).
-Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. 
Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

8. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
-Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
-Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
-Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor,
Profesor dan sebagainya.
-Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum
rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
- Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
- Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

9. Gelaran Warisan
-Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

-Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei
Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

-Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

-Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

10. Gelaran Kurniaan
Ø Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

ØPendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
ØGelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.



11. Kata Panggilan dalam majlis rasmi







Kesantunan Non Verbal
ØKesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan.

-Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh.

-Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah:-
i.Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
ii.Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol
atau lambang.




iii. Kontradiksi (contrast/ regulating) - menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.

iv. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.

v. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.

Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal

i. Gerakan Anggota Badan
•Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu.
• Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
• Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti;
- Isyarat gerakan tangan
- Isyarat air muka
- Bahasa tubuh

ii. Gerakan Mata
•Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
•Contohnya:
Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
ØMata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya
ØMata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
ØTidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.

iii. Gerakan Tangan
• Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan.
• Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
• Contohnya:
ØIsyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
ØTerdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap
ØIsyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
ØSecara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.

iv. Mimik Muka
• Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
• Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
• Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.
•Contohnya:
ØMelalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan
mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat.
ØMerupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang.
ØAhli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya.
ØRiak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.


1 comments:

Unknown said...

nak maksd kata diri diraja